Tak puas hati Restoran caj lada 50 sen



Seorang pengguna Facebook, Puan Asnita mengadu di Facebook peribadinya apabila tidak berpuas hati lada turut dikenakan caj sebanyak 50 sen oleh sebuah restoran yang agak terkenal di Kota Kinabalu, Sabah.

Beliau yang mendakwa Restoran Kak Nong, terletak di Harbour City, Kota Kinabalu itu cekik darah kerana menurutnya restoran lain tidak pernah mengenakan caj bagi lada.



Jika dilihat pada resit tersebut, bukan sahaja lada yang dikenakan caj, malah sup juga beharga 50 sen. Ramai pengguna media sosial terutama rakyat Sabah turut menyatakan rasa tidak puas hati mereka melalui ruangan komen mengatakan Restoran itu sememangnya mahal walaupun makanannya tidaklah seberapa sedap.



Sebelum ini, sebuah restoran lain di Kota Kinabalu turut tersebar luas apabila mengenakan caj terhadap mangkuk kosong yang diminta pelanggan.


Sumber

0 Komentar untuk "Tak puas hati Restoran caj lada 50 sen"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info