PERKAHWINAN DIDALAM ISLAM (MUNAKAHAT)






Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki danperempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina. Perkahwinan ialah hubungan terikat antara dua orang yang diiktirafkan oleh pihak berkuasa sivil dan/atau diikat oleh kepercayaan agama peserta-peserta. Sifat duaan ini, iaitu kontrak undang-undang terikat serta janji kesusilaan, menyebabkan perkahwinan amat sukar disifatkan.



Dalam satu bentuk atau lain, perkahwinan didapati di hampir setiap masyarakat. Rekod-rekod tertua yang merujuk kepada perkahwinan mengatakan bahawa perkahwinan adalah satu adat resam yang mantap. Walaupun ahli-ahli antropologi telah mencuba mengesan asal perkahwinan, umpamanya hipotesis persetubuhan primitif secara rambang, mereka telah gagal memperoleh sebarang bukti.




Di dunia Barat, perkahwinan difahami secara tradisi sebagai satu kesedudukan monogami antara seorang lelaki (suami) dan seorang perempuan (isteri), sedangkan di bahagian-bahagian dunia yang lain, poligami pernah merupakan bentuk perkahwinan yang biasa.Secara umumnya, pandangan masyarakat tentang konsep poligami adalah apabila seorang suami mempunyai lebih daripada seorang isteri.Sebenarnya dalam antropologi, konsep yang paling tepat untuk menghuraikan seorang suami yang mempunyai lebih daripada seorang isteri ialah poligini manakala konsep yang menghuraikan seorang isteri yang mempunyai lebih daripada seorang suami ialah poliandri. Poligami biasanya mengambil bentuk poligini (seorang lelaki mempunyai banyak isteri), tetapi sebilangan masyarakat yang amat kecil membenarkan poliandri (seorang perempuan mempunyai banyak suami).

Sumber

0 Komentar untuk "PERKAHWINAN DIDALAM ISLAM (MUNAKAHAT)"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info