Walaupun Anugerah Meletop Era 2015 (AME2015) telah berlangsung hujung minggu lalu di Stadium Putra Bukit Jalil bagaimanapun masih tidak senyap dengan penonton yang dikatakan merungut perjalanan AME2015 hambar. Selain itu ada suara-suara melabelkan ia tak lebih dari sekadar ‘anugerah syok sendiri’.
Sudah dijangka sememangnya Neelofa menjadi tumpuan mana-mana mata dalam majlis tersebut, baik dari segi penampilan mahupun sebagai pengacara majlis.
Mana tidaknya apa bila sebelum ini dengan kisah kostum ‘power ranger merah jambu‘ yang melekap ketat di susuk tubuhnya, begitu juga kostum hijau yang disamakan dengan watak ‘Goku’ dalam siri kartun Dragon Balls.
Gambar imbas kembali
Namun, kali ini dengan mendapat khidmat pereka Fizi Woo untuk menghasilkan persalinan bagi tahun ini, nampaknya penampilan Neelofa di pentas AME2015 menerima pujian ramai pihak.
Fizo Woo pula menerusi akaun Instagram mengakui, dia menggunakan 50 meter kain jenis Crinoline dan Organza Silk bagi mendapatkan alunan pada pakaian tersebut dan inilah hasilnya.
Bagaimanapun, tidak sunyi dengan dugaan bila mana ada individu dipercayai teman Neelofa sendiri telah menghamburkan kata-kata kurang enak di akaun Instagram mengkritik rekaan tersebut.
Dibandingkan dengan persalinan yang dipakai oleh bintang Hollywood di Majlis Oscars 2015 individu tersebut menulis:
“These are examples of gorgeous couture dress… Oscar 2015. Not that red crazy-ruffled-squid-like frock from last night local award (more like a circus) show… Watching 2 mins of that show hurt my intelligence…”
Bagaimanapun Neelofa tidak berdiam sahaja.
“Coming from a non fashion related person like your goodself, I’ll take this as a pinch of salt. Booooo.”
Macam itulah dan mereka komen-komen perang terus berlanjutan selain disusuli komen-komen yang lain. - Siakapkeli.com.my
0 Komentar untuk "Neelofa ‘Berperang’ Komen, Dress Merah AME2015 Digelar ‘Sotong’"