ISU BATAL KAHWIN - RAMONA ZAMZAM NAFI BERSALAH, IBU TUTUP MULUT

Terkejut bila mendengar berita batal perkahwinan! 

Begitulah respon Ramona Zamzam apabila diajukan persoalan tersebut oleh media. Tambah mengejutkannya, ada pihak yang mendakwa gambar mesranya dengan Dazrin Kamaruddin menjadi punca pembatalan itu. 

"Saya terkejut mendengar berita tentang Dazrin dan tunangnya Amyra Rosli membatalkan perkahwinan mereka dan saya sudah menjangkakan akan menjadi mangsa dituduh sebagai pihak ketiga kerana saya orang terakhir yang digosipkan dengan dia. 

Gambar yang didakwa menjadi punca 
Klik gambar untuk size besar




"Saya tidak takut berhadapan dengan media kerana saya tidak bersalah dalam hal ini, selepas gambar kami menjadi isu saya sangat marah dan tidak berhubung langsung dengan Dazrin hingga hari ini," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada media semalam. 

"Saya dan Dazrin sudah kenal lama sejak saya masuk dalam industri lagi malah kami sering kali digandingkan untuk berlakon bersama sebagai pasangan kekasih. 



"Kalau benar-benar saya ingin menganggu hubungan mereka ia pasti sudah lama berlaku, apa yang saya marah apabila peminat Amyra menghentam saya di Instagram dengan pelbagai kata-kata kesat sehingga saya terpaksa padamkan gambar tersebut agar ia tidak berpanjangan," tambah Ramona yang menyatakan gambar itu bukanlah aksi yang keterlaluan sebaliknya gambar di lokasi penggambaran semata-mata. 

Sementara itu, ibu kepada pelakon Amyra Rosli iaitu Noor Zaridah Ahmad mahu menjaga hati keluarga Dazrin apabila membuat keputusan mengunci mulut mengapa perkahwinan anaknya dengan jejaka berkenaan pada lusa dibatalkan. 

Tak jadi kahwin
 

"Maafkan Kak Noor kerana tidak boleh bercerita lanjut mengenai punca pembatalan tersebut kerana tidak mahu isu itu berpanjangan sehingga menimbulkan macam-macam konflik kerana banyak hati yang perlu dijaga. 

"Cukuplah sekadar pihak kami memaklumkan pernikahan mereka dibatalkan," kata Noor Zaridah yang sekadar memaklumkan majlis berkenaan dibatalkan tanpa menjelaskan sebab-sebabnya. 

Ramona Zamzam nafi ganggu hubungan Dazrin & Amyra
 

"Jika macam-macam cerita keluar pasti akan menjadi lebih keruh dan apa pula kata pihak keluarga sebelah lelaki nanti dan itu yang Kak Noor ingin elakkan daripada berlaku. 

"Biarlah kami sahaja yang tahu apa tentang sebab sebenar kejadian ini berlaku," ujarnya. 

Ibu Amyra - Noor Zaridah
 

Untuk imbasan, majlis pernikahan Dazrin, dan Amyra atau nama sebenarnya Amyra Izzati Rosli, 23, yang sepatutnya berlangsung di Puchong, Selangor terpaksa dibatalkan pada saat-saat terakhir. 

Sebelum ini, Dazrin dan Amyra menjalinkan hubungan sejak Februari 2013 sebelum mengikat tali pertunangan pada 25 Ogos tahun yang sama. 
0 Komentar untuk "ISU BATAL KAHWIN - RAMONA ZAMZAM NAFI BERSALAH, IBU TUTUP MULUT"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info