Beri Alasan Jatuh Dari Kerusi, Bayi Kritikal Dipercayai Didera



Beri Alasan Jatuh Dari Kerusi, Bayi Kritikal Dipercayai Didera | Seorang bayi yang dikenali Nurain Damia telah dikatakan terjatuh di rumah pengasuhnya di Flora Damansara, Petaling Jaya beberapa hari yang lepas.
Ibu mangsa, Nor Ani Shafarina Sani menyatakan pengasuh anaknya mengatakan Nurain Damia terjatuh dari sebuah kerusi ketika sedang tidur kira-kira jam 7 petang.
“Sebaik sahaja dengar berita itu, saya menghubungi suami saya iaitu Mohd Naquudin Zakaria bagi memaklumkan apa yang berlaku,” katanya.
Suaminya itu terpaksa mengambil Nurain Damia terlebih dahulu selepas pengasuh menghubungi sekali lagi memaklumkan keadaan anaknya dan meminta dibawa ke hospital dengan segera.
“Ketika saya melihat keadaan Damia, saya sangat terkejut dan menangis. Saya lihat tangan serta kakinya sudah kejang,” katanya.
Sepanjang perjalanan ke hospital, Nurain Damia dalam keadaan separa sedar dan mulutnya berbuih. Dia cuba memanggilnya berulang kali, namun tidak diangkat.
“Pemeriksaan doktor mendapati Damia mengalami pendarahan di dalam kepala dan perlu menjalani pembedahan segera,” katanya.
Dia sangat terkejut apabila doktor memaklumkan kecederaan Nurain Damia seperti bukan impak daripada jatuh kerusi. Jika jatuh kerusi, kecederaan di tempurung kepalanya tidak seteruk itu.
“Lebih malang lagi, tempurung kepala Damia retak dan tidak dapat disambung kerana otaknya mengembang,” katanya.
Nurain Damia dihantar di bawah jagaan pengasuh itu sejak dua bulan lalu dan dalam tempoh itu terdapat beberapa kesan kecederaan di kepalanya.
“Pengasuh memberikan alasan yang Damia terjatuh. Pernah sekali pipi anak saya lebam. Pengasuh mengatakan Damia digigit oleh salah seorang anak jagaannya,” katanya.
0 Komentar untuk "Beri Alasan Jatuh Dari Kerusi, Bayi Kritikal Dipercayai Didera"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info