Takziah dan Al-Fatihah Anak Linda Rafar Meninggal Dunia

Salam takziah diucapkan kepada bekas kumpulan Elite, Linda Rafar di atas pemergian anak keduanya sebentar tadi.


Linda memuat naik gambar anak lelakinya itu dengan kapsyen, “Al-Fatihah. Moga anak mama tenang di syurga ALLAH.”





Dua hari lalu, Linda sempat meminta agar pengikut-pengikutnya turut mendoakan kesembuhan anaknya itu.






“Assalamualaikum semua. Pada bulan Ramadan ini saya minta jasa baik sahabat semua bacakan beberapa surah al-Quran dan doa untuk adik Rezaimen Keiflin dan selepas itu, berdoalah apa supaya sel-sel kanser dalam badan adik Men berkurang,” katanya. 






Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada anak Linda Rafar, Rezaimen Keiflin yang telah meninggal dunia hari ini. Allahyarham berusia 12 tahun dan telah bertarung dengan kanser sejak awal tahun ini. Berita sedih ini telah disampaikan oleh Linda Rafar sendiri menerusi akaun Instagramnya kira-kira jam 6 petang tadi.





Sebelum ini Linda sering berkongsi gambar anaknya di hospital menjalani rawatan kimoterapi. Semoga Linda sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini. Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah.


0 Komentar untuk "Takziah dan Al-Fatihah Anak Linda Rafar Meninggal Dunia"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info