Facebook, Instagram dan Twitter Buat Anda Tidak Bahagia Kenapa?

Facebook, Instagram dan Twitter Buat Anda Tidak Bahagia Kenapa?

Facebook, Instagram dan Twitter Buat Anda Tidak Bahagia Kenapa? Baca 7 sebab kenapa ia buatkan hidup anda semakin tidak bahagia seperti dulu...

1. Status negatif  

Kata orang, jika anda bersifat positif, aura positif tersebut akan memberikan impak sama kepada orang lain. Begitu juga sebaliknya. Pos-pos berbaur negatif seperti rungutan sebenarnya akan turut memberi kesan kepada anda.

2. Dilabel riak 

Di laman sosial , kita kerap lihat kenalan dalam friends list kita memuatnaik perkara-perkara menggembirakan  seperti gambar perkahwinan, bulan madu , kejayaan , naik pangkat, termasuk juga gambar hadiah yang mereka terima. Mungkin mereka hanya ingin berkongsi perkara baik tersebut dengan orang lain tetapi terpulang juga kepada penerimaan individu tersebut.  Mereka yang cemburu atau barangkali meluat dengan pos tersebut tentunya akan melabel anda sebagai seorang yang riak dan suka menunjuk-nunjuk.

3. Membandingkan diri dengan orang lain

“Kesempurnaan hidup” yang dipamerkan mungkin akan membuatkan anda mula membandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Anda mungkin juga merasa cemburu dan berpendapat mereka yang selalu memuat naik perkara begini adalah orang yang bertuah tidak seperi diri anda. Namun sedarkah anda setiap manusia itu ada suka dan duka dalam meniti kehidupan. Seperti anda, individu tersebut juga tentu ada kisah duka dan kesusahan mereka sendiri cuma mungkin tidak dikongsikan di laman sosial. Ada orang mungkin suka berkongsi perkara yang baik-baik sahaja.

4. Rasa kesunyian dan tidak dihargai

Jika ada jenis yang suka dan mengharapkan perhatian, media sosial juga akan membuatkan anda punya perasaan begini. Boleh jadi kerana  status atau gambar anda di Instagram  tidak  ada yang ‘Like” . Situasi ini membuatkan anda rasa tidak popular dan digemari seperti rakan anda yang mendapat perhatian sebegitu. Barangkali juga status atau gambar anda tersebut tidak  cukup menarik atau “penting” untuk menerima “pujian” sebegitu.

5. Keyakinan diri merudum

Jika anda mengikuti akaun Instagram selebriti atau kenalan yang fotogenik , and tentu akan faham point kami yang ini. Seperti juga melihat model cantik dalam iklan, melihat gambar mereka yang cantik-cantik belaka ini akan buat anda rasa insecure , cemburu dan lebih mudah dalam erti kata lain, buat anda rasa hodoh.

6. Keyboard warrior

Bertikam lidah kini tidak terhad lagi di alam realiti. Trend pertama , bergaduh dengan rakan sendiri kerana tidak bersetuju dengan pendapat yang dinyatakan melalui status dan sebagainya. Atau mungkin juga ketika berbalas komen, tapi trend yang lebih kelakar, bergaduh di ruangan komen Instagram selebriti .

7. Rasa dihakimi

Lebih ramai rakan atau pengikut anda di laman sosial, maka lebih ramailah bilangan hakim yang akan menghakimi anda dan kehidupan anda melalui apa yang anda pos di laman sosial. Jadi kebebasan anda untuk mengekspresikan diri juga tersekat  dan anda juga akan ragu-ragu untuk mengekspresikan diri melalui platform ini. Hebat bukan kuasa laman sosial.

Suka artikel ini? Kongsikan klik aje 'Share' pada rakan-rakan anda. Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua..mungkin?
0 Komentar untuk "Facebook, Instagram dan Twitter Buat Anda Tidak Bahagia Kenapa?"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info