SELEPAS beberapa hari bertarung nyawa di hospital, pemain bola sepak untuk kelab Persiraja Banda Aceh, Akli Fairuz akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya, Jumaat lalu.
Pemain di bahagian penyerang itu mengalami kecederaan dalaman yang parah selepas terkena tendangan penjaga gol PSAP Sigli, Agus Rohman yang didakwa secara tidak sengaja sewaktu perlawanan antara kedua-dua kelab itu.
Kecederaan itu termasuklah kebocoran pada bahagian ususnya.
Sementara itu, Agus melahirkan rasa sedih dan terkilan atas pemergian Akli, memetikBolaindo.com.
“Saya sangat menyesal, tiada unsur sengaja dalam kejadian itu,” ujarnya.
Namun, jika ditonton video kejadian, agak nyata Agus memang sengaja mensasarkan but yang dipakai ke arah badan Akli.
Kaki Agus tiba selepas bola sudah pun disepak lebih awal oleh Akli.
Jenazah Akli selamat dikebumikan di kampung halamannya di Kabupaten Pidie pada hari yang sama.
0 Komentar untuk "VIDEO: Tendangan ‘Maut’ Penjaga Gol Indonesia"