UPDATE: Pengantin perempuan murtad dakwa penganut hindu sejak kecil

SHAH ALAM: Semalam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu majlis perkahwinan sepasang pengantin di kuil Jalan SS 1/25 Shah Alam jam 10.30 pagi selepas menerima aduan pengadu yang mendakwa pengantin perempuan tersebut beragama Islam mahu melangsungkan perkahwinan yang tidak sah dengan lelaki bukan Islam.

Namun, pengantin perempuan, Zarena Abdul Majid, 32, menjelaskan nama dia memang didaftarkan sebagai Islam namun dia adalah penganut agama Hindu sejak dari kecil lagi.

“Walaupun nama saya didaftarkan sebagai Islam namun saya adalah penganut agama Hindu sejak kecil,” kata Zarena Abdul Majid.




Majlis pada jam 10.30 pagi itu terpaksa dibatalkan selepas Zarena diitahan oleh pegawai penguat kuasa JAIS untuk siasatan.

Bagaimanapun, suasana majlis terkawal bilamana kedua-dua pihak keluarga pasangan pengantin & tetamu memberikan kerjasama yang baik ketika siasatan dilakukan oleh pegawai JAIS yang turut dibantu oleh anggota polis.

Menurut Zarena, dia tidak pernah mendapat atau menerima paksaan dari mana-mana pihak tertentu yang mahu dia berkahwin mengikut adat kaum Hindu kerana dia dan adiknya telah menganut agama Hindu hasil didikan ibunya yang beragama Hindu sejak kecil lagi.

Masalah mula timbul apabila bapanya yang asalnya beragama Hindu memeluk agama Islam tanpa memaklumkan kepada ibunya.


“Bapa memeluk Islam sebelum saya dilahirkan. Ibu pula buta huruf, dia tidak tahu bapa saya mendaftarkan kami empat beradik sebagai beragama Islam.

“Saya dan adik beradik hanya mengetahui hal ini selepas saudara terdekat melihat sijil kelahiran kami tercatat beragama Islam,” katanya.

Namun, selepas adik bongsu Zarena dilahirkan 24 tahun yang lalu, bapa mereka terus meninggalkan keluarga mereka tanpa sebarang khabar berita. Zarena juga mengakui mereka tidak tahu membaca al-Quran dan tidak pernah diajar tentang Islam. Akhirnya mereka dibesarkan dalam agama Hindu

Pada 2007, Zarena pernah mencuba untuk menukar status agama dalam MyKad namun gagal apabila pegawai Jabatan Pendaftaran Negara tidak membenarkan kerana tiada tandatangan bapa.
0 Komentar untuk "UPDATE: Pengantin perempuan murtad dakwa penganut hindu sejak kecil"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info