Pemuda maut digilis komuter




KLANG - Seorang pemuda maut digilis komuter apabila dia terjatuh dari jambatan di Stesen Komuter Teluk Pulai, di sini, semalam.

Ketua operasi menyelamat dari Balai Bomba Dan Penyelamat Kota Raja, Pegawai Bomba Hussin Mat Amin berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.15 pagi.

“Saya bersama empat anggota tiba di tempat kejadian lima minit kemudian,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan keterangan saksi, pemuda berumur 29 tahun itu kelihatan bertinggung di atas jambatan dan terjatuh sebaik sahaja komuter tiba di stesen tersebut.

Tangan kiri mangsa hampir putus akibat digilis komuter dan pinggangnya mangsa didapati lebam.

Menurutnya, mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk siasatan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, untuk bedah siasat.

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut. - Sinar Harian

0 Komentar untuk "Pemuda maut digilis komuter"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info