7 Pelajar UPM Kena Ragging Pakai Spentot Dan Dipegang Kolopir

7 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) didakwa telah kena ragging oleh sepuluh orang pelajar senior sehingga menjatuhkan maruah mereka dengan melakukan perkara yang tidak senonoh di hostel universiti.



Dalam kejadian berlaku pada jam 4 pagi pada Khamis yang lalu, tujuh pelajar malang itu dipaksa berbogel dan hanya memakai seluar dalam sementara pelajar senior terbabit merakam gambar mereka menggunakan telefon bimbit.



Tidak cukup dengan itu, mereka juga dipaksa menyentuh alat sulit masing-masing dan puting sambil menari mengikut rentak muzik yang sedang dimainkan.



Lebih teruk lagi, pelajar terbabit dipaksa merokok dan jika ingkar dengan arahan tersebut, pelajar kurang bernasib baik itu akan diapa-apakan oleh pelajar senior itu.



Kerana tidak tahan dengan tindakan keji pelajar senior itu, 7 pelajar berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Serdang pada keesokan harinya.









Sumber
0 Komentar untuk "7 Pelajar UPM Kena Ragging Pakai Spentot Dan Dipegang Kolopir"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info