Tolak GST : Cina Dakwa Bangsa Melayu Bangang?



Bukan sekali ada individu dari bangsa lain menyelar bangsa Melayu ekoran kebodohan sendiri dalam berpolitik. Khususnya berkenaan pertelingkahan sesama Melayu sehingga menyebabkan kuasa politik bangsa itu semakin berpecah belah saat ini.

Kali ini seorang individu dengan identiti laman sosial berbangsa cina menegur kebodohan bangsa Melayu yang beramai-ramai membantah perlaksanaan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei lepas.

Menurutnya, dia berasa lucu dan tertawa apabila GST yang dilihat bakal membantu perniagaan dan ekonomi golongan bumiputera dibangkang dan dibantah keras oleh bangsa itu sendiri dengan melakukan demonstrasi jalanan.

“Sepatutnya kami bangsa cina yang akan merasakan tekanan kerana hak milikan dagangdan dan ekonomi di Malaysia akan dibolot oleh bangsa Melayu.

“Tapi kami tak mahu bising-bising kerana kami tahu bangsa Melayu berniaga bagaimana, jadi kami diamkan sahaja. Tapi bila kami lihat Melayu sendiri tolak GST, adoi.. adoi pecah perut ketawa dalam kedai sama kawan-kawan,” kata individu itu dalam status Facebooknya.

Pada peringkat lebih lanjut statusnya, individu itu dilihat menegur bangsa Melayu dengan lebih tegas akibat perangai golongan berkenaan yang suka menentang tanpa usul periksa.

Lebih-lebih lagi, ekoran kedegilan puak yang obses dan taksub dengan pembangkang enggan hadir dalam ceramah penerangan berkaitan GST yang diadakan oleh kerajaan.

“Sendiri kerajaan mahu bantu bumiputera maju dalam perniagaan dan ekonomi, sendiri bangsa Melayu kasi demo tolak ini kebaikan.

“Lain kali hadiri ceramah GST dahulu dan dengar sendiri… Apa buta kayu punya Melayu Pakatan Rakyat (PR),” kata individu itu

Sumber
0 Komentar untuk "Tolak GST : Cina Dakwa Bangsa Melayu Bangang?"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info