Tip dan Panduan Pulihkan Cinta Pertama



02B52335



Gambar: INGimage
Berbicara dengan bapa kadangkala menjadi dugaan besar dalam hidup. Ini kerana mereka jarang mendengar dengan teliti, cepat menghukumi dan menyimpang dari maksud sebenar. Justeru, ramai di antara kita yang kurang berminat untuk berbual dengan ayah mahupun ibu. Hubungan kekeluargaan menjadi kaku tanpa komunikasi, walhal mereka adalah cinta pertama setiap manusia. Jangan berlengah. Hargai mereka selagi ada di sisi. Ketahui tip untuk berbicara dengan bapa bagi menjernihkan kembali hubungan ini.

1. Sebelum memulakan perbincangan atau perbualan, tanya sama ada dia bersedia untuk mendengar atau tidak. Bimbang jika dia sedang sibuk melakukan perkara lain atau menunggu panggilan orang.

2. Beritahu apa yang anda ingini dengan jelas dan tanpa gagap. Sebagai contoh, “Ayah, bolehkah saya dapatkn pendapat ayah mengenai perihal ini? Saya buntu”. Penyataan yang jelas membuatkan mereka mengambil serius akan perbincangan itu.

3. Jangan gunakan ayat-ayat yang menunjukkan anda lebih berkuasa daripada dia. Gunakan “Saya fikir” daripada “Saya tahu”.

4. Ringkas dan padat. Bapa anda punyai banyak perkara lain untuk diingati dan dilakukan. Pastikan apa jua intipati perbualan anda difahami.

5. Jangan kecewa jika anda tidak memperoleh maklum balas seperti yang diharapkan. Bapa terkenal dengan sikapnya yang kuat. Ini bagi memberi gambaran bahwa dia layak menjadi ketua keluarga dan menjaga keluarga. Bersabarlah. Dia juga bersabar dengan kerenah anda sedari bayi dan tegar mencari rezeki untuk keluarga. Beri dia peluang untuk mengenali fasa hidup anda sekarang.

sumber

0 Komentar untuk "Tip dan Panduan Pulihkan Cinta Pertama"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info