dilemparkan pengikut-pengikut laman sosialnya terhadap hubungan dia dengan
kekasihnya,Han Chen Wong.
Tasha Shila Dihina Peminat Kerana Punyai Teman Lelaki Bertatu Dan Bukan Islam | Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abd Razak, 27, berkata, peminat
tidak wajar menjatuhkan hukuman atau mengawal segala tindak-tanduknya
melalui gambar-gambar yang dikongsi di laman sosial Instagram miliknya.
“Saya memang tertekan dengan komen-komen negatif mereka, ramai diantara
mereka terpaksa saya block kerana bersikap kurang ajar.
“Saya tidak perlu untuk jaga hati peminat, mereka sepatutnya memahami dan
bukan mengawal hubungan saya. Cukuplah keluarga saya merestui hubungan
kami,” ujarnya kepada mStar Online.
Tasha berkata demikian ketika ditanya tentang kritikan dan komen negatif yang
sering dilemparkan oleh pengikut-pengikut laman sosial Instagram setiap kali
dia memuat naik gambar bersama kekasihnya.
Tasha turut memberi amaran kepada peminat yang berniat untuk menghina atau
memberi komen negatif terhadapnya tidak perlu menjadi pengikutnya di laman
sosial berkenaan.
Sementara itu, Tasha yang merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan
mengakui, sedang di peringkat memahami dunia masing-masing.
Dia akui, kekasihnya yang juga peninju Muay Thai itu sedang membiasakan
diri dengan kehidupan dalam dunia selebriti.“Pada awalnya dia agak rimas juga
diri dengan kehidupan dalam dunia selebriti.“Pada awalnya dia agak rimas juga
dengan perhatian orang terhadapnya. Saya pula cuba masuk dengan dunia
Muay Thai dia, sementara dia belajar memahami dunia saya,” katanya.
Muay Thai dia, sementara dia belajar memahami dunia saya,” katanya.
Sumber : Mstar
0 Komentar untuk "Tasha Shila Dihina Peminat Kerana Punyai Teman Lelaki Bertatu Dan Bukan Islam"