Bagaikan masih berada dalam musim bulan madu, foto-foto yang dikongsi oleh pelakon cantik itu sering berkisarkan kehidupannya dengan suami tercinta, Md Zhafran Md Yusof.
Namun, agak terkejut juga kami apabila terlihat sekeping foto wanita berwajah Fouziah yang berambut ‘blonde’ dan memakai ‘mini skirt‘ di laman Instagramnya semalam.
Foto yang dikongsi oleh Fouziah Gous di laman Instagramnya
Sekali imbas, pasti ramai yang akan menyangka bahawa foto mengiurkan itu adalah foto Fouziah. Bagaimanapun, setelah membaca caption dan komen orang ramai, rupa-rupanya foto tersebut telah diedit oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Tidak mudah melenting, pelakon itu dilihat bersikap profesional dan tidak mahu memperbesarkan perkara itu, malah menjadikan foto itu sebagai bahan jenaka.
Di zaman teknologi serba canggih kini, ada juga pihak yang gemar menyalahgunakan kemahiran mereka untuk perkara tidak berasas seperti ini bukan? Tapi, apa agaknya motif sebenar si tukang edit gambar ini ya? -Oh!Bulan
0 Komentar untuk "Tampil Dengan Rambut Blonde Dan Mini Skirt, Fouziah Gous Anggap Jenaka"