Serius!!! 5 Taktik Penipuan Jual Beli Kenderaan Di Mudah.my

 
Berhati-hati kalau nak beli kenderaan di Mudah.my. Jangan mudah terpengaruh dengan harga murah kerana itu kadang-kadang perangkap. Ini antara masalah yang pernah berlaku pada mereka yang telah menjadi mangsa atau hampir menjadi mangsa penipu/seller yang bermasalah di Mudah.my.

Aduan telah dihantar tetapi tiada sebarang penambahbaikan yang dilakukan oleh pihak Mudah.my. Di bawah ini, My Media sertakan antara taktik-taktik yang pernah terjadi mangsa-mangsa penipuan di Mudah.my.

Seller tak letak contact number, agar mangsa tertarik dengan harga yang murah. Contact via emel then yang reply emel itu dalam bahasa inggeris yang penerangannya panjang lebar dan akhir kata si penipu itu mahu mangsa deposit duit dalam akaun dia.

Kereta/Motor tak ada Road Tax/Insurance tetapi dirahsiakan oleh seller. Biasanya seller penipu ini akan cuba alih perhatian mangsa apabila ditanya lebih-lebih tentang Road Tax/Insurance ini. Bila mangsa sudah setuju nak beli, semasa datang nak ambil kereta/motor itu, baru seller akan beritahu perkara sebenar. Walaupun mangsa sempat lagi batalkan perjanjian jualbeli tetapi mangsa dah banyak membuang masa, lebih-lebih lagi kalau area tempat kereta/motor yang nak beli itu jauh. Buang masa orang, buat aniaya orang.

Kereta/Motor yang Road Tax/Insurance cukup sempurna, Geran Pula Yang Bermasalah. Bukan nama seller tetapi masih nama owner lama. Timbul masalah di sini kalau nak tukar nama kena cari owner lama. Kebiasaannya seller akan cakap”Takpe bang, asal roadtax/insurance hidup boleh bawa ke mana-mana..” Tetapi apa pula jaminannya jika mangsa dituduh mencuri kenderaan tu? Seller seperti ini selalunya akan ‘tarik’ mangsa untuk pergi view kereta/motor mereka. Bila mangsa dah pergi tengok baru seller beritahu hal sebenar.

Seller yang memang kaki penipu, iklankan kenderaan cantik tetapi bila pergi tengok, test drive semua ok. Bila dah setuju nak ambil, jam itu juga dia ada alasan macam-macam dan janji esok atau lusa baru boleh mangsa ambil kereta/motor itu. Sebenarnya dia nak tukar sparepart then lepas je mangsa buat payment, ambil kereta/motor, mangsa bawa balik ada masalah pula. Bila mangsa call no telefon seller tadi, tak dapat dihubungi. Seller beli satu simcard khas untuk tujuan penipuan ini. Duit dah dapat tukar simcard, mangsa nak pergi claim balik dah tak boleh sebab deal bukan di rumah seller.

Seller yang kaki test market, iklankan motor/kereta nak jual, bila orang dah datang tengok/nak beli, dah alasan macam-macam tak jadi jual, mak tak bagi jual, bini tak bagi jual, arwah nenek tak bagi jual, nak bincang dengan family la, itu la, ini la, ni jenis manusia yang suka buang masa orang. Ada juga jenis nak tunggu offer lagi baik, dah berbulan baru cakap balik comform nak jual. Bila mangsa dah beli yang lain tak nak beli yang dia, macam nak marah mangsa pula. Time orang nak beli, tak nak jual, bila mangsa dah tak nak beli baru contact mangsa balik cakap nak jual, sengal punya orang.

Ada pengalaman ‘hitam/pahit’ di Mudah.my? Kongsikan di sini untuk dijadikan sebagai panduan kepada mereka yang lain agar tidak tertipu oleh seller yang tidak bertanggungjawab. Tidak dinafikan Mudah.my memang adalah seller yang genuine, tetapi di kalangan mereka terselit seller tak guna ini.

sumber:amekaw
0 Komentar untuk "Serius!!! 5 Taktik Penipuan Jual Beli Kenderaan Di Mudah.my"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info