Kejadian itu hanya disedari kira-kira pukul 12 tengah hari ketika beliau pulang ke rumahnya untuk makan tengah hari.
?Sebaik tiba di rumah, saya memanggil mereka (pembantu rumah), namun tiada jawapan. Kerana rasa tidak sedap hati, saya terus meluru masuk ke dalam bilik mereka dan mendapati semua barangan telah tiada,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Aliff tidak menyangka kejadian seumpama ini berlaku, kerana sebelum ini beliau memberikan sepenuh kepercayaan kepada pembantu rumahnya.
?Saya selalu tiada di rumah kerana urusan kerja di luar negara, justeru itu saya memberi kepercayaan kepada mereka bagi menjaga rumah kami kerana sebelum ini tiada perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Kota Damansara, di sini petang ini.
Ahli perniagaan itu turut menasihatkan mana-mana ejen pembantu rumah supaya berhati-hati ketika mengambil pembantu rumah warga asing sebelum menyerahkannya kepada majikan. -UtusanOnline
0 Komentar untuk "Pengasas D’Herbs Terlajak Laris Disamun Dua Pembantu Rumah"