Beijing – Ketika Mai Liang leka menikmati gegelung sotong di sebuah restoran, dia berasa ganjil kerana ada ‘daging’ yang terlalu liat untuk dikunyah.
Dia tidak menyangka apa-apa sehinggalah meluahkan objek berkenaan dan mendapati ia sebenarnya kondom dan ia nyaris ditelan begitu saja.
Namun, itu bukanlah bermakna kejutan Mai Liang berakhir.
Selepas mengadu kepada pihak restoran yang terletak di wilayah Anhui itu, pemiliknya tampil dan mengambil kondom berkenaan sebelum menelannya.
“Amat menjijikkan! Perkara pertama terlintas di fikiran saya ialah: Adakah kondom itu sudah digunakan?
“Bayangkanlah perasaan saya apabila melihat kondom itu dalam pinggan,” katanya.
Sementara itu, pemilik restoran Yi Ze Teng berkata, dia bertindak makan kondom itu untuk “mendiamkan” pelanggannya.
Sumber
0 Komentar untuk "Nyaris Termakan Kondom Dalam Sotong"