Mahu Bebas Dari Hutang? Cuba 7 Tips Mudah Ini.








































Wang amat penting dalam memenuhi keperluan untuk terus hidup.Bagi mereka yang menetap di bandar kos kehidupan yang tinggi akan menjadi bebanan buat mereka berbanding mereka yang memilih untuk hidup di luar bandar. Kehendak sentiasa seiring dengan keperluan. Terdapat sesetengah pihak yang cuba memenuhi kehendak mereka dengan berhutang. Hutang sentiasa membelenggu manusia dalam kehidupan serba moden ini walaupun di mana anda berada.



Tentu ada antara kita yang bingung dengan hutang kad kredit, ‘personal loan’ mahupun pinjaman perumahan. Setiap bulan ada saja pendapatan yang diperolehi di tolak untuk membayar hutang-hutang yang telah dibuat samaada melalui institusi perbankkan atau pun orang perseorangan. Bagi anda yang mungkin telah dibebani hutang anda akan sentiasa mencari jalan keluar untuk menangani masalah hutang ini. Biar apapun cara anda gunakan untuk melangsaikan hutang anda pastikan anda memilih jalaan yang baik untuk mengelakkan anda lebih terbeban dengan masalah hutang. Jadikan tips di bawah panduan untuk anda cuba menyelesaikjan hutang anda.




Kalau ada ‘cash’, gunakan ‘cash’



1. Beli Secara Tunai



Kehendak selalu mendahului keperluan. Semua manusia cuba untuk memenuhi keperluan untuk memuaskan nafsu masing-masing. Di sinilah kita perlu bijak dalam mendidik nafsu untuk tidak tunduk kepadanya. Gunakan akal yang diberikan untuk memilih antara kehendak dan keperluan. Sekiranya kita ingin memiliki sesuatu barang dan itu merupakan keperluan eloklah sekiranya kita mengumpul duit untuk memilikinya berbanding dengan berhutang. Biar kita bersabar dalam mengumpul wang untuk memiliki sesuatu untuk mengelakkan kita berhutang yang mana akan membebankan kewangan kita pada masa akan datang.




Beli barang yang perlu sahaja



2. Berbelanja Ikut Kemampuan



Biar bergaya asalkan papa. Ada sesetengah manusia yang mengamalkan prinsip ini demi untuk kelihatan berstatus dimata orang lain. Kita perlu berbelanja mengikut kemampuan kewangan masing-masing. Gunakan pendapatan yang diperolehi untuk keperluan dan bukan kehendak semata-mata. Sebagai contoh sekiranya gaji anda sebulan RM 2,000. Bahagikan ia mengikut keperluan dahulu dan simpanlah sedikit untuk simpanan masa hadapan. Selepas itu barula digunakan untuk perkara-perkara yang sepatutnya. Biarlah hidup di bawah kemampuan kerana langkah ini lebih selamat berbanding hidup mengikut kemampuan atau kelebihan.




Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit



3. Menabung



Mulakan tabiat menabung seawal yang mungkin. Biar kita menyimpan untuk masa hadapan dan kecemasan yang tidak terjangka. Didik semua ahli keluarga kita untuk menabung setiap hari. Kelebihan menabung amat baik untuk keluarga. Asingkan pendapatan yang diperolehi setiap kali mendapat gaji. Potong 20 % daripada gaji anda untuk tabungan masa depan anda. Asingkan tabungan anda daripada akaun gaji anda. Anda boleh menabung di dalam Tabung Haji atau ASB, selain menabung anda juga akan mendapat bonus dan pendapatan di atas tabungan anda itu.




Buat ‘part-time’ jual barang secara online



4. Pendapatan Sampingan



Bagi anda yang memiliki kemahiran tertentu gunakan kemahiran anda untuk mencari pendapatan sampingan. Bagi yang tidak mempunyai kemahiran berusahalah untuk mempelajari apa sahaja kemahiran yang mampu memberikan pulangan kepada anda. Selain itu, anda juga boleh menggunakan teknologi masa kini untuk menambahkan pendapatan anda. Gunakan IT untuk memulakan bisness di FB, Instagram, blog dan sebagainya melalui program dropship. Ini adalah cara yang mudah untuk memulakan bisness sebagai pendapatan sampingan. Fokuskan target anda, In Shaa Allah, kejayaan akan menanti anda.




Duit zakat kita akan membantu usahawan kecil yang lain



5. Berzakat Dan Sedekah



Berzakat lah kerana zakat itu menyucikan harta. Bersedekahlah kerana Allah telah berjanji sedekah tidak mengurangkan harta. Kedua-duanya amalan ini keberkatan Allah. Allah berfirman sSedekah itu mengeluarkan kamu dari kesulitan. Mulakanlah sedekah anda bermula dari sekarang. Orang yang bersedekah tidak akan mengalami kemiskinan malah hartanya akan bertambah. Sedekahlah mengikut kemampuan anda. Ingat setiap pendapatan yang kita perolehi ada hak orang lain. Bertindaklah sekarang untuk menjemput rezeki dengan hanya bersedekah.




Hargai duit bonus tahunan syarikat walaupun sedikit



6. Bonus Tahunan



Setiap tahun pekerja akan menerima bonus yang diberikan oleh pihak syarikat. Belum lagi kita dapat bonus kita telah mula rencanakan perbelanjaan bonus itu. Sebaiknya kita gunakan bonus yang diperolehi untuk melangsaikan hutang-hutang yang tertunggak. Dengan cara ini secara tidak langsung akan membebaskan kita dari hutang lebih awal berbanding masa yang telah ditetapkan oleh institusi kewangan. Anda sendiri boleh membuat pengiraan berapa penjimatan yang anda mampu lakukan sekiranya anda menghabiskan pembayaran hutang anda lebih awal. Dengan cara ini anda mampu bebas dari hutang.




Hilang semua keresahan & belenggu bila dapat bebas dari hutang



7. Jangan Berhutang Lagi



Gali lubang tutup lubang..Ini merupakan lagu yang selalu dinyayikan pada zaman 80-an. Banyak nasihat yang kita perolehi dari lagu tersebut. Penting untuk untuk tidak memulakan hutang baru setelah menyelesaikan hutang lama. Berilah tempoh bertenang untuk diri sendiri untuk menimbang baik dan buruk memulakan hutang yang baru.

Setiap hutang yang kita buat di dunia ini akan dituntut di akhirat sekiranya kita tidak melunaskan hutang itu semasa hidup. Langsaikan semua hutang anda untuk mengelakkan masalah dalam kehidupan anda. Berfikir dahulu sebelum berhutang. Buatlah kira-kira untuk melihat kemampuan anda sebelum berhutang. Berbaloikah anda menanggung bebanan hutang selama bertahun-tahun hanya untuk memiliki sesuatu yang merupakan keperluan dalam hidup anda.







Hadith yang dipetik Riwayat al-Baihaqi, dipetik dari Jakim,

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.



Pengajaran hadis:

i) Strategi pengawalan perbelanjaan adalah bergantung pada kesesuaian dan keperluan tertentu seseorang atau sesebuah keluarga. Pepatah ada mengatakan Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis.

ii) Seharusnya setiap individu mengamalkan sifat ˜qanaah’ iaitu bersyukur dan redha dengan apa yang ada serta memastikan bahawa keperluan tidak melebihi kemampuan. Amalkan sikap berjimat cermat dan membuat simpanan (tabungan) bagi mencapai keselamatan ekonomi kerana orang yang mengamalkan sikap tamak dan boros sehingga sanggup berhutang bukan sahaja boleh meningkatkan inflasi malah membawa kemuflisan dan kepapaan.

iii) Hutang wajib dibayar sesuai dengan waktu yang dijanjikan iaitu tidak menangguh-nangguhkannya. Adalah dikira berdosa bagi orang yang tidak mahu membayar hutangnya dengan sengaja walau bagaimana kecilpun hutang tersebut. Hal ini termasuk juga hutang yang berlaku dengan orang yang bukan Islam serta seseorang yang berhutang tetapi telah meninggal dunia dan belum sempat membayar hutangnya. Maka ahli waris si mati hendaklah berusaha untuk melangsaikannya.

iv) Islam selaku agama yang sempurna telah menyusun beberapa langkah mengenai proses berhutang di mana hutang yang dibuat hendaklah dicatat jumlah dan masa pembayarannya serta dilantik seorang penulis yang adil sebagai saksi. Ia bertujuan untuk mengelak dari sebarang penipuan dan penganiayaan.

v) Sesungguhnya melepaskan hutang orang menghutangi kita adalah suatu perbuatan yang mulia. Ganjaran yang besar menanti iaitu berupa naungan Arasy di akhirat kelak.



Kesimpulan




Jauhkan pepatah biar bergaya asalkan papa dari kehidupan anda. Bersabarlah menabung untuk memiliki sesuatu yang diimpikan. Biar lambat asalkan kita tidak berhutang. Tidak salah untuk kita berhutang namun pastikan kita mampu untuk melangsaikan hutang sebelum anda membuat keputusan untuk berhutang. Semoga tips di atas berguna untuk membantu anda melunaskan hutang-hutang anda.
0 Komentar untuk "Mahu Bebas Dari Hutang? Cuba 7 Tips Mudah Ini."

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info