Sudah menjadi kebiasaan sekiranya mempunyai hobi mengumpul setem, poskad mahupun syiling lama.
Namun, seorang lelaki warga emas di China, Chen Qingzu, 56, pula mempunyai hobi yang sebaliknya yang dianggap janggal bagi seorang lelaki.
Chen gemar mengumpul pelbagai jenis bra dalam pelbagai saiz, bentuk dan warna sejak 20 tahun dahulu.
Hobinya itu telah berjaya membuatkan dirinya mengumpul sebanyak lebih kurang 5000 bra sehingga dia terfikir mahu menubuhkan muzium bra untuk mempersembahkan koleksinya itu.
Chen mengatakan tujuannya mengumpul bra-bra tersebut adalah untuk mendidik masyarakat setempat terutama wanita untuk sentiasa melakukan pemeriksaan berkala terhadap payudara mereka.
“Kebanyakan wanita gemar memakai bra ketat dan kecil untuk menunjukkan bentuk badan mereka, namun perkara ini secara tidak langsung boleh mendatangkan keburukan terhadap buah dada mereka,” katanya.
0 Komentar untuk "Lelaki Simpan 5,000 Helai Bra – Mahu Buka Muzium!"