Lelaki yang berasal dari Hyderabad, India ini merupakan salah satu pereka kereta yang mempunyai bentuk aneh dan unik.lelaki berkumis tersebut ternyata telah mencipta sekitar 700 kereta, dengan berbagai bentuknya. Reka bentuk yang dia buat diinsipirasi oleh benda-benda yang dia lihat setiap hari.
Ciptaan lelaki berusia 43 tahun itu di antaranya bola-bola raksasa, burger, terung raksasa, bola dan pemukul cricket, komputer, katil, sofa, hinggakan berbentuk rokok.
Menurut Yadav, dia ketagihan mendesign kereta unik sejak ia duduk di bangku sekolah, ketika masih berusia 14 tahun. Untuk menyimpan semua hasil karyanya, Yadav membina sebuah muzium yang diberi nama 'Sudha Cars Museum'.
"Orang suka kereta yang saya buat, dianggarkan sekitar 1,000 pengunjung sehari," kata Yadav.
Untuk setiap kereta yang didesignnya, Yadav harus berbelanja sekitar 1.000-1.500 pound Sterling .
"Banyak yang membayangkan keluarga saya akan kesal kerana masa yang saya habiskan untuk kereta-kereta ini. Tapi, isteri saya sangat menyokong. Dia bahkan mendorong dan memberi semangat kepada saya untuk terus maju," ujarnya.
0 Komentar untuk "Lelaki Ini Suka Mencipta Kereta Berbentuk Unik Dan Pelik"