La Pascualita – Misteri Patung Pengantin ‘Hidup’?


KAMI yakin jika anda melihat ‘mannequin’ atau patung pengantin yang dinamakan La Pascualita, anda pasti mengatakan ia antara yang tercantik pernah dilihat di butik pakaian.

Dengan bola mata yang bulat dan bersinar serta raut wajah yang menarik, patung ini mampu menarik sesiapa sahaja yang memandangnya.




La Pascualita yang ditempatkan di bandar Chihuahua, Mexico ini ternyata punya ceritanya yang tersendiri.

Penduduk di sana percaya patung yang mula dipertontonkan di khalayak ramai pada tahun 1930 dengan busana pengantin itu sebenarnya adalah seorang gadis.

Ada juga yang mengandaikan ia sebagai pengantin yang mati akibat sumpahan.

Teori ini wujud kerana bahagian tangan dan jari-jemari La Pascualita tampak ‘hidup’ dengan adanya garisan pada tapak tangan.








Khabarnya lagi, urat nadi juga turut kelihatan pada bahagian kaki patung tersebut.





Akhirnya, tersebarlah khabar angin yang mengatakan bahawa La Pascualita sebenarnya anak gadis kepada pemilik butik yang bernama Esparza yang maut akibat digigit labah-labah beracun pada hari perkahwinannya.





Mayat gadis tersebut kemudiannya diawet dan dipakaikan pakaian pengantin oleh Esparza.










Teori ini tambah menarik apabila pelbagai cerita seram yang berkaitan dengan La Pascualita tersebar termasuklah ia sering berubah posisi dengan sendirinya pada waktu malam.





Bagaimanapun, kajian oleh sebuah muzium menafikan dakwaan itu atas alasan mustahil mayat manusia yang diawet boleh kelihatan terlalu sempurna.





Ternyata kajian tersebut tidak mampu menyekat orang ramai dari terus berkunjung ke butik tersebut bagi melihat patung unik itu sehingga ke hari ini.



Sumber 

sumber

0 Komentar untuk "La Pascualita – Misteri Patung Pengantin ‘Hidup’?"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info