Bayi Ada Kepala Tambahan Di Perut

Seorang ibu muda, Amlekha Bairva tidak menyangka bayi yang dilahirkannya mempunyai tambahan satu lagi kepala dan ia terlekat di bahagian perut bayinya itu.

Doktor menyifatkan kepala tambahan itu merupakan kembar parasit yang melekat pada bayi perempuan tersebut yang dilahirkan pada bulan lepas secara normal.

Doktor kini mahu menjalankan pembedahan untuk membuang kepala tambahan itu sebaik sahaja keadaannya stabil secepat mungkin.

Pakar pediatrik, Dr Chetan Sharma menyatakan kebiasaannya pembedahan bagi membuang kembar parasit ini selalunya berjaya.

“Bayi ini sihat dan mempunyai denyutan jantung yang normal. Dia juga tidak mempunyai sebarang masalah dalaman atau luaran,’” katanya.

Amlekha dan suaminya, Ramji Lal Bairva yang berasal dari keluarga miskin hinggakan mereka tidak dapat mengesan keadaan bayi tersebut ketika dalam kandungan.









“Saya amat terkejut apabila menyaksikan keadaan anak saya itu. Saya tidak membawa isteri saya berjumpa doktor semasa mengandung kerana kami tiada wang.

“Bila melihat keadaannya saya amat terkejut dan tidak dapat memangkunya. Saya yakin pada Tuhan bahawa pembedahan itu akan berjaya,” katanya.

Sumber
0 Komentar untuk "Bayi Ada Kepala Tambahan Di Perut"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info