AUDIO: Seramnya… Suara Misteri Hantui Penduduk Flora Damansara



BEBERAPA minggu lalu, beberapa rakan telah berkongsi rakaman suara aneh yang didengari oleh penduduk apartmen Flora Damansara di Damansara Perdana menerusi laman Facebook.

Penulis sendiri pernah menyewa di salah sebuah blok di kediaman tersebut kira-kira dua tahun lalu, namun tidak pernah melalui sebarang pengalaman yang menakutkan.

Menerusi laman Ping.Busuk, suara aneh itu didengari beberapa kali selepas pukul 11 malam dan kebimbangan itu turut dikongsikan melalui Facebook komuniti penduduk di situ.

Berikut merupakan ‘screenshot’ penduduk yang mengadu mengenai perkara itu:

FLORA

Berdasarkan perbincangan forum di ‘Cari.com‘, beberapa individu telah berkongsi mengenai cerita misteri di Flora Damansara.

Antaranya:

1. “Member satu ofis ramai duk Flora Damansara. Al kisahnya ada semua unit rumah sana adalah laluan orang bunian. x pernah ada yg lama menyewa sana, kadar sewa pun murah. Citanya gini. kat rumah tu, area ruang tamu nya adalah laluan bunian. imagine la, time tgk tv bleh tengok ada orang lalu lalang kat depan, then tembus dinding. Ada sapa2 yg tahu rumah mana satu? aku x tanya plak kawan aku tapi mmg betul2 ada sebab ada geng satu ofis duk situ kejap je, terus pindah lain.”

2. “sesiapa sini yang tau ttg kisah hantu di kawasa perumahan flora Damansara? tapak ni bekas kubur orang asli..mula2 pindah dulu 2 malam berturut2 jumpa rambut panjang berbelit kat pokok kaktus dlm rumah..padahal kami rambut pendek je..huhuhu.”

3. “flora damansara… opismate dulu ada stay situ… mlm mlm dgr la, makhluk tu main tarik tin atas awning tingkap… bunyi tin dengan zink awning… last last pindah gi kota damansara…”

Sejauh mana kebenarannya, hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahui sama ada betul atau tidak cerita-cerita ini.

Apa pun, janganlah membiarkan ketakutan itu menguasai diri sehingga kita merasakan bahawa makhluk lain lebih berkuasa dari-Nya.

Wallahu a’lam…



0 Komentar untuk "AUDIO: Seramnya… Suara Misteri Hantui Penduduk Flora Damansara"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info