4 Pasangan Selebriti Tempatan Paling Mesra Dan Romantik!

Bukan semua pasangan suami isteri gemar meluahkan perasaan cinta dan kasih sayang secara terbuka, tetapi ia tidak bermakna mereka tidak mencintai antara satu sama lain.
2

Namun ada juga yang tidak kisah untuk menunjuk kasih sayang mereka terhadap pasangan untuk tatapan umum seperti pasangan selebriti dalam senarai di bawah.

Berikut adalah antara pasangan selebriti tempatan yang romantik pada pandangan mata kami.

AWAL ASHAARI & SCHA AL-YAHYA 

2

Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya telah bertemu pada tahun 2008 selepas mengacara bersama sebuah program televisyen realiti berjudul “Sehati Berdansa”. Awal telah membuat kejutan dengan melamar Scha ketika siaran langsung “Propaganza” dan pasangan ini berkahwin pada 4 Mei 2012. Keserasian antara pasangan ini yang cukup sepadan dan berperangai ‘gila-gila’ sememangnya disenangi peminat. Malah pasangan yang digelar SchAwal ini tidak kisah menunjukkan kebahagiaan mereka pada umum seperti yang dapat dilihat menerusi laman sosial Instagram masing-masing. Awal dan Scha bakal menimang cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi.

ROZITA CHE WAN & ZAIN SAIDIN

2

Boleh dikatakan masih lagi dalam fasa bulan madu, Rozita Che Wan dan Zain Saidin membuktikan umur bukan penghalang untuk mengecapi kebahagiaan. Ianya boleh dilihat menerusi Instagram masing-masing sejak bercinta lagi. Selepas dilanda pelbagai kontroversi, Rozita atau mesra dengan panggilan Che Ta, 41, dan Zain, 30, berkahwin pada 11 Disember 2013 dan perkahwinan mereka telah digelar ‘Wedding Of The Year’ dan termahal kerana menerima tajaan lebih RM13 juta. Che Ta yang mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu telah membuat pengumuman sekitar Mac lalu bahawa dia hamil. Pasangan ini bakal menyambut kedatangan ‘orang baru’ sekitar penghujung tahun ini.

LISA SURIHANI & YUSRY ABDUL HALIM

2





Walaupun mengenali antara satu sama lain kurang dari tempoh setahun, aktres jelita ini menganggap ia bukanlah alasan untuk menolak Yusry sebagai peneman hidupnya. Maka pasangan ini telah ke jinjang pelamin pada Februari 2012. Walaupun ada beberapa cerita kurang enak sebelum berkahwin mengenai penglibatan Lisa dalam filem-filem terbitan KRU Studio kerana dia merupakan pasangan Yusry, aktres ini menafikan dakwaan tersebut. Kemesraan dan kebahagiaan yang dikecapi oleh pasangan ini boleh dilihat menerusi gambar-gambar yang dimuat naik oleh Lisa menerusi laman Instagram. Walaupun sudah lebih dua tahun berkahwin, pasangan ini masih belum menimang cahaya mata. Namun Lisa menganggap semua itu adalah takdir Tuhan dan akan tiba masanya nanti. Pasangan ini baru sahaja bekerjasama dalam lagu “Kekasih Abadi” yang diciptakan oleh adik ipar Lisa, Edry Abdul Halim untuk mereka berdua.

LIYANA JASMAY & FATHUDDIN MAZLAN

2

Perkenalan Liyana Jasmay dan Fathuddin Mazlan yang merupakan jiran berputik dengan satu pesanan ringkas (SMS) sahaja dan sejak itu mereka mula berhubung melalui telefon. Malah pasangan ini pernah bersekolah di sekolah yang sama. Selepas bertunang pada 28 Mac 2012, Liyana dan Fathuddin berkahwin pada 2 Februari 2013 dan kini sedang menanti kelahiran cahaya mata sulung mereka. Oleh kerana pasangan ini sering berjauhan memandangkan suami Liyana adalah seorang ahli perniagaan, aktres dan penyanyi ini sering meluahkan perasaan rindu dan kasih sayangnya menerusi akaun Instagram miliknya.

0 Komentar untuk "4 Pasangan Selebriti Tempatan Paling Mesra Dan Romantik!"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info