Mesti Baca!! Sebab Kucing Suka Mengeselkan Badannya

Kucing adalah haiwan peliharaan yang popular sejak zaman dahulu lagi. Pasti ada yang perasan satu tingkah laku yang sering dilakukan oleh haiwan yang comel ini.

Kelazimannya, kucing sering kali menggeselkan kepala dan juga badan apabila berjumpa dengan tuannya. Selain itu, haiwan comel ini juga suka menggesel tidak mengira tempat seperti di kaki kerusi, meja, pintu dan pelbagai tempat lain lagi.

Pelbagai andaian dibuat mengenai tabiat kucing yang suka menggesel. Pasti ramai yang ingin tahu, kenapa kucing suka buat begitu? Apakah mesej sebenar yang hendak disampaikan apabila kucing berbuat demikian?




Sebenarnya, tujuan kucing berkelakuan begitu adalah untuk meletakkan bau badannya di sesuatu lokasi bagi menandakan tempat tersebut.

Kucing juga mempunyai kalenjer bau pada bahagian-bahagian tertentu badan seperti kepala, ekor, kaki dan tubuh mereka. Kalenjer ini boleh merembeskan bahan kimia yang menghasilkan bau halus yang disebut sebagai feromon.

Setiap kucing mempunyai bau yang unik. Feromon ini digunakan untuk berkomunikasi dengan kucing lain mengenai pelbagai perkara, misalnya pemilikan dan sempadan kawasan.

Feromon juga membenarkan kucing untuk menarik perhatian jantina lain, menunjukkan rasa selesa dan membiarkan kucing lain tahu siapa dan dimana mereka berada.

Kucing sering menggesel pada pelbagai tempat seperti kaki kerusi, pintu dan sebagainya untuk menyebarkan maklumat biologi kepada kucing lain supaya mnjauhi kawasan yang telah ditandakan.

Apabila kucing menggesel muka atau tubuhnya kepada manusia, ia mahu menandakan anda adalah ‘miliknya’ dan anda adalah sebahagian daripada dunia mereka! Ia juga mahu kucing lain mengetahui perkara tersebut. Selain itu, ia juga menunjukkan mereka rasa selesa dan selamat bersama-sama anda.

Mereka juga akan menandakan kucing lain sebagai rakan mereka dengan cara ini. Jika dua ekor kucing kenal dan berkawan antara satu sama lain, mereka akan melakukan pertukaran bau. Bau mereka sendiri yang bercampur dengan bau kucing lain membuatkan kucing tersebut sebahagian daripada dunia mereka.

Selain menggesel, kucing juga mengedarkan bau mereka dipersekitaran dengan semburan air kencing.

Di Redwood City, California, seorang pemilik kucing hairan apabila tiba-tiba kucingnya sering menyembur sedikit air kencing di sekeliling tingkap dan pintu rumah.

Setelah mendapat pendapat daripada seorang pakar tingakh laku kucing bertauliah, Marilyn Krieger, rupa-rupanya apa yang dilakukan oleh kucing itu adalah kerana ia merasa terancam dan ingin menandakan rumah itu sebagai kawasannya.

Rupa-rupanya sebelum itu, tuan rumah telah memberi makanan kepada kucing liar yang berkeliaran di luar rumah. Dalam kes ini, kucing itu ingin memberitahu kucing lain di luar rumah bahawa seluruh kawasan itu adalah haknya dan tidak boleh dicerobohi.

Menyembur sedikit air kencing sering digunakan untuk menandakan sempada kawasannya.

Selain rasa terancam dengan kucing lain, ia mungkin sering melakukan perkara itu jika berlaku perubahan pada persekitaran seperti berpindah ke rumah baru, membeli perabot baru dan pengubahsuaian rumah.

Sumber
0 Komentar untuk "Mesti Baca!! Sebab Kucing Suka Mengeselkan Badannya"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info